usah ditanya akan resahnya hati,
kerana itu tanda gelisahnya diri,
renungi akan Qudrat yang Esa,
di situlah tanda kasih dari-Nya,
jangan difikir akan lambatnya kurnia,
fikirlah akan kesungguhan hati peminta,
jangan mudah lemah akan ujian,
ketahuilah disitu ada kekuatan,
jangan takut pada hinaan makhluk,
tapi takutilah kehinaan dari al-Malik,
usah ditanya mengapa diri diuji,
kerana disitu wujud benteng buat hati,
jangan dipinta kepada selain dari-Nya,
kerana bukan itu sifat hamba,
doa itu kekuatan buat hati,
benteng penahan buat diri,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment