Monday, May 3, 2010

..kisah hari ibu..dan..seorang nenek tua..

Pejam celik, pejam celik rupanya kita sudah berada di pertengahan tahun 2010..sekejap je ek? Emm, bulan Mei ni ada hari yang bermakna buat semua kaum ibu iaitu pada 9 Mei (pd thn ini)..Hari Ibu yang diraikan setiap tahun..pastinya, ibu-ibu diberi penghargaan dalam bentuk pelbagai rupa bagi pengorbanan yang tidak ternilai bagi yang sesiapa mengingati.. tetapi, apa yang penting adalah sepotong doa daripada anak yang soleh dan solehah..

Emm,kisah yang nak dipaparkan ini adalah seorang nenek tua yang telah membesarkan tujuh orang anak dgn jayanya..tetapi kini, nenek tua itu tiada lagi kudrat untuk menguruskan dirinya..nenek tua itu menghidap breast cancer tetapi alhamdulillah berjaya melawan penyakitnya oleh kerana semangat yg kuat..nenek tua yg sering mengharap kehadiran anak2 nya di penghujung usia..malangnya,anak-anaknya seakan2 lupa jasa seorang nenek tua itu..anak-anaknya leka dengan nikmat hidup yg sementara..entah2,nikmat hidup yang dinikmati itu berkat doa seorang nenek tua di pengakhiran solatnya..kasihankan nenek tua itu?

Buat sahabatku yang tersayang,.hargailah jasa ibu&bapamu,selagi hayat dikandung badan..maafkanlah mereka andai hatimu pernah terluka dengan sikap mereka..kerna hatimu yang terluka itu takkan terbanding dgn jasa&pengorbanan mereka..pulanglah bertemu dgn ibu&bapamu selagi masih ada ruang&waktu..jangan bila ditimpa musibah,saat itu baru engkau tersedar akan kewujudan ibu&bapamu..jangan juga ditunggu ibu&bapamu merayu kepulangan anak-anaknya..jangan nanti kepulanganmu disambut dengan sekujur tubuh milik mereka..

2 comments:

  1. the most precious that we have is our mother... i love my mother so much!! but once i didt celebrate her.. i dont know what will happen to me if she not here now...god...plz bless her!!!
    :)

    ReplyDelete