Saturday, May 22, 2010

~tanda ingatan tanda kasih sayang~

Peringatan tanda kasih sayang buat sahabat2 sekalian..kasih sayang yang utuh di sepanjang perjalanan kehidupan yang berliku..(^Q^)..



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Ada 4 dipandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Orang yang tidak melakukan SOLAT:
Subuh: Dijauhkan dari muka yang bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


~ALLAH sering menguji kita dengan pelbagai dugaan, kadang2,terdetik di hati, "Kenape ye, aku kene melalui ni semue?kenapa asyik aku?kenape tidak orang lain?." Jawapannya ialah tanda ALLAH sayang, tanda ALLAH kasihkan kita..tanda perhatian ALLAH tu tetap pada kita dan sentiasa ada walaupun kita selalu terleka, alpa dalam mengingati diriNya. Umat zaman dahulu merayu untuk diuji kerana mereka tahu, kalau diuji, ALLAH memberi perhatian kepada mereka. Dan mereka tidak senang duduk jika tidak diuji seolah2 ALLAH lupakan mereka. Semoga kita semua tergolong di kalangan hamba2Nya yang sentiasa dalam ujianNya. Ameen.~



~mur~

No comments:

Post a Comment