Saturday, February 19, 2011

~serahkan dia kepada Dia~

"Ya Allah jagalah sahabatku di kala penjagaanku tak sampai padanya, sayangi dia di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata, perhatikan dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja. Engkau punya segala yang ku tak punya kerana ku ingin dia selalu sihat&sejahtera serta mendapat rahmatMu...ameen.."

Rase terperanjat,tak tau nak cakap ape mase dapat tau,Nazri Mohd Noor sdg bertarung di dwn pembedahan kat HKL disebabkan ketumbuhan di kepala. tak lame pas tu,mmg mengalir lh air mate. mase call Azrai,Lina,Farrah&umi mmg berjuraian air mate cam hujan. tibe2 terdetik, kenapa dia Ya Allah? Astaghfirullah. siapa aku nak menidakkan kuasa Yang Maha Esa. ampunkan hambaMu yang berdosa ini Ya Allah, yang tidak mensyukuri nikmatMu.

Setelah keadaan tenang, aku menginsafi diri, dia tepilih kerana Allah sayang. kalau Allah tak peduli, pasti Allah tak menduga. Allah biar je cam tu. Allah adalah perancang terbaik utk kita semua. tak semua yang kite plan, akan berjaya. kdg2, berlaku sebaliknya dari ape yang kite hajati. tapi, ingatlah sentiasa Allah merancang segala kebaikan untuk kita yang bergelar manusia. Allah tak pernah meletakkan kita dalam kesusahan pun. semua nye ade hikmah. hikmah yang perlu dicari dengan mata hati bkn pandangan tersurat saje.

Aku serahkan dia kepada Dia kerana Dia Maha Mengetahui sedangkan aku tau ape yg Dia beritahu shj. aku kirim doa dari kejauhan. aku nak ko tabah, sabar&redha Nazri. kita lalui perkara yang hampir serupa walaupun tak same. bersyukurlah kita masih ade keluarga&shbt yg supportive. dan paling penting Allah yang sentiasa ada dan mendengar keluh kesah hati kita yang berbisik. senyumlah pada takdir kerana suatu hari nanti, takdir akan tersenyum melihat kita.

No comments:

Post a Comment